Sunday, 7 April 2013

Cara tanam gladiolus dalam pasu

Gladiolus perlukan tanah  yang tidak menakung air  dan cahaya matahari yang banyak. Saya biasanya membuat campuran tanah, kompos dan perlite/vermiculite/ pasir kasar ( untuk pembinaan) dalam nisbah 1:1:1.


 Masukkan hingga 2/3 pasu, gaulkan baja NPK 8:8:8 satu sudu makan @10:10:10 atau yang sama nisbah NPKnya, lagi besar nombor lagi kurang jumlah baja yang diperlukankan. Boleh ditambah dengan furadan (berwarna biru) sejenis racun yang membunuh nematod (sejenis ulat kecil pengorek batang/bulbs) semut, etc. Gaulkan sehingga sebati




 Siram tanah dalam pasu biar lenjun, biarkan seketika untuk membiarkan air  berlebihan mengalir keluar. 



Letak corms, timbus dengan tanah. Letak tempat teduh , tak perlu siram hingga corms tumbuh sejengkal. 



seminggu selepas tanam
                                          

 Selepas itu alih pasu ketempat panas, siram setiap pagi, bila ketinggian pokok dah capai sekaki siram  dgn baja seimbang NPK seminggu sekali , bila pokok berusia 2 bulan siram seminggu sekali dgn baja penggalak bunga. Bila putik bunga keluar hanya siram dgn air SAHAJA. Kekurangan air atau pemberian baja pada peringkat ini akan memyebabkan putik bunga mengering atau  gagal berkembang.

pokok berusia 3 bulan mengeluarkan tangkai bunga
                                                 
putik bunga pink


mekar berkembang

14 comments:

  1. tq sooo much for the tips! agaknya yg dulu tu x menjadi sbb lynn terlebih bj atau terlebih siram, patutla bulbnya mereput. Kali ini dia tumbuh lebih cepat & sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak saya akan mengamuk kalau saya tersiram bulb yg baru tanam. First time dia tanam 1/3 bulb tu rosak sebab kulat.Kadang2 bulb tu memang kena jangkitan kulat sebelum ditanam.
      nanti saya suruh dia tulis cara cara memilih bulb yg sihat.

      Delete
    2. SAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI LANTORO<=…
      >>>082-310-352-761<<<

      Delete
  2. huerm...saya rasa kalau buat video cara menanam dan penjagaan gladiolus di malaysia mungkin lebih faham TQ :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Bagus info ni tentang cara tanam gladiolus agar menjadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ Supera . Terimakasih untuk cadangan, Nantilah kalau kakak saya ada masa saya minta dia tolong buatkan video.

      @Ummu Madihah: terima kasih kerana melawat blog saya

      Delete
  4. salam..

    saya tanam tak menjadi...daun jadi kuning...dan xhijau..bnila pegang daun msm ade something benda koko... kulat ke? daun pokok pun duk senget...macam padi rebah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dah kena serangan spider mites, biasa berlaku masa panas mcm sekarang., kalau daun masih tak kering, pokok masih dapat diselamatkan tapi tak akan berbunga. Sembur racun pada daun berselang 4 hari untuk bunuh spider mites, lepas itu siram baja subur untuk membesarkan corms, bila pokok mati gali corms, keringkan dan simpan sekurang2nya sebulan sebelum ditanam semula. Lepas ni kena tulis pasal penyakit gladiolus.

      Delete
  5. Saya sangat minat dgn bunga ini, amat banyak sekali dimusim diakhir musim spring ke early summer.di Midwest Amerika Syarikat, boleh kah bunga ini ditanam di climate yang sangat panas di malaysia. Kena tanam di shady area ke?

    ReplyDelete
  6. Salam. Bunga ni boleh tanam Kat negara Kota. Kat Rumah saya Dah 3 generasi. Tapi lepas pokok kering kena gali corms dan anginkan kalau tinggal dalam Tanah kena serangan parasit( saya x tahu apa bendanya, Color Putih macam Hama) pokok yg terluka Akan kena jangkitankulat. Rehatkan sebulan dua lepas tu tanam balik.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    bulbs gldioli nova lux dgn priscilla ada lg x? Nk 1 biji stiap jenis,..
    Kalau ada tolong whatsapp saya kt no 0193914802..
    thanks,..

    ReplyDelete
  8. As Salam, boleh saya buat tempahan bebawang gladiolus . Harap dapat penerangan .

    Neonyr51@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Ade jual lg ke bulb?boleh email sy rinaramli88@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Ade jual lg ke bulb?boleh email sy rinaramli88@gmail.com

    ReplyDelete