Wednesday, 24 April 2013

Penjagaan gladiolus selepas berbunga


1. Selepas bunga layu, potong tangkai bunga.

2. Kerapkan penyiraman menggunakan baja npk seimbang (larutan cair sahaja) . Ini untuk menggalakkan tumbesaran corm/bulb.

 3.Teruskan menyiram sehingga daun kelihatan tidak berkilat dan warna hampir kekuningan, pada peringkat ini hentikan pemberian air, biarkan pokok mati.

4. Setelah semua daun bertukar coklat/ kering gali corms keluar dan anginkan. (jangan jemur tengah panas macam ikan kering:-))

Boleh juga dibiarkan dalam pasu tapi dari pengalaman saya walaupun corms tu nampak elok tapi ia akan dijangkiti  kulat dibahagian dalamnya. Bila saya tanam semula corms gagal untuk bercambah dan mereput.

5. selepas 3 hari dianginkan, sapu semua pasir/ kotoran yg melekat ( saya guna berus lukisan yg bersais besar)lepas tu pisahkan corms dari corms tua yg dah mengecut. Potong batang pokok 1 inci dari corm

6. Anginkan lagi selama 2 minggu hingga sebulan, lepas tu masukkan ke dalam sampul kertas (jgn sekali kali guna plastik)

7. simpan dalam peti sejuk selama 3 bulan ( pastikan tiada buah dalam peti, nanti gladiolus tak berbunga)
sekali sekala periksa sampul untuk memastikan corms tidak berkulat.

8.Sebulan sebelum tanam , keluarkan dari fridge, anginkan, lepas tu tanam

Bagi corms yang tidak ditanam dalam. banyak cormels akan terbentuk. cormels ini bila ditanam memerlukan masa 2 musim ( 2 kali penanaman) untuk mencapai saiz matang (corm berdiameter lebih dari 1 inci shj boleh mengeluarkan  bunga)  Bagi  corms yang ditanam dalam satu corm  dan  mungkin beberapa cormels sahaja akan terbentuk.

* corms:  org kita panggil bulb
*cormel/ comlet : bulb kecil

bunga telah layu

tangkai bunga telah dipotong

bulb baru terbentuk diatas bulb lama

daun kekuningan, hentikan menyiram (basah kena hujan)

                                               
bulb dianginkan
banyak cormels akan terbentuk jika corm tidak ditanam dalam
    
corms baru terbentuk atas corm lama



corms lama dipisahkan dari corms baru
                                       
corms baru dianginkan sehingga betul betul kering


corms dikeluarkan dari fridge, dianginkan,sedia utk ditanam


cormel ditanam semula
                                       
cormel yg tumbuh


5 comments:

  1. Replies
    1. Semua yg Ada kat blog ni untuk dijual. Nak tahu color apa tengok kat tepi tu Ada tajuk benih untuk dijual, lepas tu klik gladiolus, boleh tengok jenis gladiolus yg dijual berserta harganya.

      Delete
  2. Salam...masih jual lagi tak gladiolus...?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. corm yang telah dianginkan bolehkah simpan dlm fridge bahagian vege. jika ada tomato di ruang tu ok ker.

    bolehkah corm terus ditanam semula selepas dianginkan or kena simpan dulu seketika di dalam fridge sebelum tanam semula

    ReplyDelete