Tuesday, 10 September 2013

Penyakit gladiolus

Terdapat beberapa jenis penyakit yg menyerang gladiolus pada setiap peringkat pertumbuhan.

1. peringkat awal pertumbuhan
Pada peringkat ini penyakit yg biasa menyerang adalah jangkitan kulat. kadangkala kulat telah menyerang corm semasa corms dikeringkan yg mana tidak dapat dilihat dgn mata kasar. Penyakit ini akan mula menunjukkan tanda2 serangan selepas corms mula tumbuh, daunnya menjadi kekuningan dan layu.


corm yg telah dijangkiti kulat
kulat menyerang growth plate
Cara mengatasi
Pilih bulb yg tidak cacat pada pandangan matakasar. Kadang kadang bulb cedera semasa digali/disimpan (tanda gelap pada tempat yg cedera)

2. peringkat mata tunas dan akar mula keluar
Pada masa akar mula tumbuh akan terdapat ulat dan serangga kecil dalam tanah yg akan memakan akar dan corm sedikit demi sedikit, corms yg cedera akan diserang kulat. Biasanya pokok ini akan mati sebelum sempat mengeluarkan bunga. Penggunaan racun pada peringkat penanaman akan dapat membunuh nematod.


corms diserang ulat diikuti oleh kulat
                                       
Cara mengatasi:
1.letak racun nematod atau tanam dalam tanah steril.
2. Pastikan pengudaraan tanah dan air baik, (campurkan dgn pasir kasar untuk bina rumah)
3. Jangan biarkan tanah terlalu lembab ( siram sekali sehari waktu pagi shj)

3. Peringkat dewasa
Pada peringkat ini , terutama pada musim panas red spider mites akan menyerang daun gladiolus, ia akan menhisap cecair dari daun sehingga pokok  mati. Semasa musim panas digalakkan untuk menyiram daun untuk mengurangkan spider mites, tetapi jika daunnya telah diserang ianya hanya boleh dirawat dengan semburan racun.
Pokok yg selamat perlu dibaja mengunakan baja NPK seimbang seminggu sekali untuk menggalakkan tumbesaran corm  . Biasanya pokok tidak akan berbunga tetapi cormnya yg baru terbentuk boleh ditanam semula . Jangan siram dgn baja bunga kerana jika ia berbunga corms yg terbentuk akan kecil atau corm tidak sempat terbentuk ( tak ada generasi seterusnya)

serangan red spider mites
                                  

cara mengatasi
1.  racun 4-5 hari sekali sehingga tiada serangan berulang ( Saya guna racun malathion yg boleh dibeli di   nurseri bunga.
2. semasa menyiram pastikan daundisiram sbb red spider mites tak suka kelembapan
3. Jangan tanam panas pada masa panas melampau. Kalau di pantai timur sept- mac adalah bulan yg sesuai untuk menanam,

3 comments:

  1. terima kasih berkongsi maklumat...mungkin gldiou. saya sebelum ini diserang kulat..x sempat berbunga...harap2 bulb gladio. saya yang beli pada tuan akan membesar dgn sihat..setakat nie alhamdulillah dah keluar tunas..

    ReplyDelete
  2. salam..

    pokok gladioli sy jd mcm tu la..boleh diselamatkan lagi ke? nak guna racun apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaalah pokok tu dapat diselamatkan tapi tak akan berbunga. saya siram guna racun malathion 4 hari sekali, siram baja NPK 8:8:8 atau 10:10:10 seminggu sekali utk galakkan tumbesaran bulb. Ikut cara penjagaan gladiolus slps berbunga.

      Delete