Saturday, 29 June 2013

Corn salad/ lamb lettuce

RM2 / pek 60 biji
kali pertama saya cuba menanam salad ini, sesuai gardener yg suka bereksperimen seperti saya.
tidak sesuai dgn cuaca panas, bila suhu tinggi pokok akan berhenti membesar. Dari pengalaman waktu sesuai menyemai salad ini pada bulan oktober  (bagi kwsn Pantai timur semenanjung)




Benih rosmary


RM 2 / pek 10 biji

Ini adalah pertama kali saya cuba menanam rosemary dari biji benih, rosemary yg saya tanam sebelum ini adalah dari keratan yg saya bawa balik dari luar negara.




Pokok Rosmary berusia 2 tahun

Wednesday, 26 June 2013

Brussel sprout / Brocolli


1. Brussel sprout
 Rm 2/ pek 30 biji 
Saya tak pernah tanam brussel sprout, ni kira antara eksperimen saya. Keluarga brassica memang boleh hidup kat negara kita tetapi samaada ia membentuk sprout ke tidak kena tunggu 2 bulan lagi. Saya cadangkan supaya merancang masa menanam supaya masa kematangan jatuh pada musin hujan (kononnya sejuk la masa tu)



2.  Summer Purple brocolli
     RM 3/pek  (25 biji)
Brocolli ini tidak memerlukan suhu sejuk untuk membentuk bunga
memang sesuai untuk ditanam di kwsn beriklim panas.

Thursday, 20 June 2013

Snapdragon Mixed

Snapdragon mixed RM2/ packet 100 biji
ketinggian 60 cm, perlukan cahaya untuk percambahan benih
snapdragon boleh hidup di negara kita tetapi hendaklah disemai pada masa yg sesuai (pantai timur bln sept, kadar percambahan >90%) jika tidak kadar percambahan lebih kurang 30 %. Tumbesarannya sangat perlahan, berbunga setelah berusia 6 bulan, bunga bertahan selama sebulan. Pokoknya tidak memerlukan penjagaan yg rapi.




Snapdragon yg  kakak saya tanam 

berbunga setelah 6 bulan ditanam

ketinggian pokok 18 inci

Gazania

RM 2/pek 10 biji

 bunga ini memang sukakan cahaya matahari dan tahan kepanasan. ketinggian 6-12 inci.





Tomato


1. Tomato Roma RM2 /pek 30 biji
 Sesuai untuk buat sos

2. Tomato pear RM2 /pek 30 biji


3.Brown tomato  RM 2 pek /30 biji
4. Tomato Gold/Yellow RM2/Pek 30 biji
                                           
                                          
                                          
5. tomato gardener's delight rm 2/pek (20 biji)
Sangat tahan dengan cuaca panas negara kita, berbuah lebat dan tak merekah

     












Biji buah Tin

Rm 2 /packet 40 biji
 Pokok buah tin boleh hidup dan berbuah di negara kita. Kalau ikut teori pokok yg ditanam dari biji tidak menghasilkan buah yg berkualiti. Peratus percambahan tidak diketahui.
benih yg disemai perlukan pendedahan pada cahaya matahari selama 6-8 jam sehari.(letak tempat terang). Sesuai untuk kawan kawan yg suka bereksperimen seperti kakak saya.

maaf ye, cultivar saya tak tahu sbb pembekal hanya bagitahu pokok ni jenis self pollinating, tapi dia tak bagitahu cultivar apa. kalau lihat kat gambar macam brown turkey , tak perlukan pollination. tetapi mengikut kawan saya yg tanam tin kat luar negara, biasanya yg tumbuh adalah pokok tin jantan , kalau berbuahpun teramatlah tipis peluang untuk dapat buah yang berkualiti.

kalau nak mencuba boleh, pada yg serious nak tanam tin boleh order keratan dari luar negara.











Monday, 10 June 2013

Bunga Telang berlapis


Rm 1/pek 10 biji

Pokok senang untuk hidup, tidak memerlukan penjagaan. Bunganya yg berlapis warna biru sangat cantik. Bunganya bolen dimakan, bila direndam mengeluarkan warna biru yg digunakan untuk membuat sirap dan mewarnakan nasi kerabu.




Wednesday, 5 June 2013

Thyme ( german winter thyme)

RM 2/pek 35 biji 

sangat senang untuk bercambah dan kadar percambahan melebihi 90 %. Bercambah dalam masa 2 hari selepas di semai . tabur benih diatas permukaan tanah semaian sbb benih perlukan cahaya untuk bercambah.

Alih pokok bila ketinggian mencapai 1 inci, potong pucuknya supaya batangnya besar dan pokok menjadi rendang.
berusia 5 hari
berusia 2 minggu, sesuai untuk dialihkan